RESEPI NASI
TOMATO MAT GEBU
PENGENALAN
Resepi
Nasi Tomato mat gebu adalah salah satu tradisi makanan yang disambut hangat di
kalangan masyarakat Melayu di negeri-nergeri Malaysia, terutamanya sangat
terkenal di Pahang. Nasi Tomato adalah sejenis pembudayaan makanan melayu, jadi
sentiasa dihidangkan dalam majlis perkahwinan Melayu dan perayaan Melayu
seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri
kendara), Nasi Tomato beserta lauk-pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu.
Nasi Tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan
lain-lain.
Ciri
utama Resepi Nasi Tomato mat gebu adalah menggunakan rempah ratus yang banyak,
serta sos tomato yang penting untuk menghasilkan makanan yang mempunyai rasa.
Perasa lain seperti sambal adalah penting untuk menambahkan kesedapan makanan.
Capcicum merah digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang
dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam
hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.
Sementera
itu, hidangan Nasi Tomato ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong,
pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun
juga dihidangkan untuk gizi seimbang. Maka hidangan Nasi Tomato juga adalah
satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Bagaimanapun
ramai orang telah membangunkan cita rasa dan resepi khas mereka yang tersendiri
bagi Nasi Tomato, seperti Nasi Tomato Special, Nasi Tomato Beras India Gate,
Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah, Nasi Tomato Express, Nasi Tomato dan
lain-lain.
Resepi
Nasi Tomato mat gebu merupakan salah satu jenis resepi hidangan yang sangat
berkhasiat kerana lengkap dengan karbohidrat dari nasi dan zat vitamin dari
tomato dan nenas. Nasi Tomato adalah sejenis nasi yang boleh dimasak dengan
lauk-pauk yang berbeza dan mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal
yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap sebagai
hidangan kebangsaan Malaysia.
RESEPI NASI
TOMATO MAT GEBU
Bahan-Bahan
untuk Nasi Tomato :
·
3 cawan beras basmati (cuci dan rendam selama 30 minit)
·
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
·
2 camca besar sos tomato
·
2 camca besar minyak sapi
·
1 biji bawang besar (dihiris)
·
2 ulas bawang putih (dicincang)
·
1 inci halia (dititik)
·
1 helai daun pandan (dikat dan disimpul)
·
3 1/2 cawan air
·
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
·
Garam secukup rasa
·
1 batang kayu manis
·
5 kuntum bunga cengkih
·
3 biji buah pelaga
·
1 kuntum bunga lawang
Cara-Cara
untuk Menyediakan Nasi Tomato :
1) Pertama sekali, panaskan minyak sapi
dalam kuali.
2) Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga
cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan dalam
kuari sehingga naik wangi.
3) Masukkan pes tomato dan tomato sos.
Kacau dengan rata.
4) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga
kering.
5) Apabila bahan-bahan tumisan sudah naik
wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit.
6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam
periuk nasi.
7) Curahkan air yang sudah mendidih dan
susu rendah lemak ke dalam periuk nasi.
8) Masukkan garam secukup rasa dan kacau
dengan rata.
9) Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi
kering.
10) Taburkan kismis dan kacang pis ke atas
nasi sebagai hiasan.
11) Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis
periuk nasi tersebut.
12) Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan
daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain.
Bahan-Bahan untuk Ayam Masak Merah :
·
3/4 ekor Ayam
·
3 ulas bawang putih
·
2 ulas bawang merah
·
1 biji bawang besar
·
3 inci halia
·
15-20 cili kering (ikut kepedasan
sesuka hati)
·
1 batang serai (diketuk)
·
1 cawan air kosong
·
4 sudu besar tomato puree
·
Sos tomato secukupnya
·
Garam dan gula secukupnya
·
Sebiji bawang besar (dipotong
bulat)
·
Daun sup
Cara-Cara untuk Menyediakan Ayam Masak Merah
1) Bersihkan ayam terlebih dahulu.
Potongkan ayam kecil-kecil dan digaul dengan kunyit dan garam secukupnya.
2) Perapkan selama 20 minit dan goreng
separuh masak. Angkat dan ketepikan dahulu.
3) Kisarkan bawang putih, bawang merah,
bawang besar dan halia.
4) Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
bahan-bahan dikisar sehingga wangi bersama bunga lawang, bunga cengkih dan
kulit kayu manis.
5) Masukkan cili kering yang sudah dikisar
dan masakkan sampai betul-betul masak.
6) Masukkan secawan air, serai, tomato
puree dan sos tomato. Masak mendidih sebentar.
7) Masukkan ayam dan gaul balik biar sos
rata pada ayam.
8) Masukkan gula dan garam secukupnya.
9) Masak sehingga agak pekat dan tutupkan
api. Hidangkan dengan Nasi Tomato yang telah siap disediakan.
Bahan-Bahan untuk Sambal :
·
1 biji capcicum merah
·
(boleh digantikan dengan lada
merah)
·
2 biji bawang putih
·
1/2 biji bawang besar
·
3/4 buku halia saiz sederhana
·
1 sudu kecil minyak bijan
·
1 sudu besar gula
·
2 sudu besar sos cili maggi atau
sos cili thai
·
1 sudu besar cuka makan
Cara-Cara untuk Menyediakan Sambal :
1)
Kisarkan semua bahan.
2) Masakkan semua bahan di dalam kuali
dengan api sederhana sehingga kuah sos tersebut telah pekat dan sedia untuk digunakan.
Bahan-Bahan untuk Kicap:
·
2 sudu besar sos tiram
·
2 sudu besar sos cili
·
2 sudu besar sos tomato
·
3 sudu besar kicap manis
·
1 sudu besar gula
Cara-Cara untuk Menyediakan Kicap :
1) Campurkan semua bahan dan masak di dalam periuk sehingga mendidih.
2) Angkat dan sedia dihidang.
Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan :
o
1 batang timun (dihiris) 2 biji
buah tomato (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup)
Hirisan daun bawang/daun sup
o
Kismis
o
Kacang pis
o
Nenas
Tips:
§ Nasi tadi juga boleh dikukus dan dialas dengan daun pisang apabila nasi
sudah masak. Cucukkan sedikit daun tadi untuk membuat lubang dan kukus nasi
tersebut sehingga masak sekali lagi. Nasi akan lebih sedap dimakan dan tidak
akan melekat.
§ Letakkan serbuk limau nipis dapat memberikan rasa limau yang segar
kepada sos cili. Sos cili tersebut tidak perlu dimasak dan boleh tahan selama 1
minggu jika disimpan di dalam peti sejuk. Batang ketumbar akan memberikan aroma
yg wangi sekali tanpa membuat sos berwarna hijau.
-Seperti kebiasaan, kalau masak nasi
tomato, nasi minyak, nasi beriani waima nasi apa2 sahaja yang menggunakan
rempah ratus atau minyak sapi, wajib disertakan dengan rojak mentah atau pencuk
nenas kata orang2 Johor. Ini bertindak sebagai pengimbang rasa. Jadi kurang sedikit
rasa muak. Satu lagi gandingkan ayam
masak merah bersama nasi tomato ni amat sesuai.. Kalau nak tambah dengan dalca
pun ok
-ikan masin KURANG enak dijadikan dalca,
lagi umphh letak ayam/daging
-Kalau untuk beras Basmathi Mogul Kjee guna
3 cawan air untuk 4 cawan beras, untuk beras Basmathi biasa kena sukat 1 cawan
air untuk 1 cawan beras.
No comments:
Post a Comment